PERKEMBANGAN ISLAM PADA MASA
KHULAFAUR RASYIDIN
KHULAFAUR RASYIDIN
Oleh Ahmad Nurhadi
A. Pengertian Khulafaur Rasyidin
Khulafaur
Rasyidin atau Khulafa ar-Rasyidun adalah wakil-wakil atau khalifah-khalifah
yang benar atau lurus. Mereka adalah waris kepemimpinan Rasulullah selepas
kewafatan junjungan kita Nabi Muhammad SAW. Para tokoh ini merupakan
orang-orang yang arif bijaksana, jujur dan adil dalam memberikan keputusan dan
menyelesaikan masalah-masalah yang timbul dalam masyarakat. Pada saat
perlantikan mereka dibuat secara syura yaitu perbincangan para sahabat atau
pilihan khalifah sebelum. Selepas pemerintahan ini, kerajaan Islam diganti oleh
kerajaan Ummaiyyah.
1.
Sayyidina Abu Bakar ( 632-634 M )
2.
Sayyidina Umar bin Khatab ( 634-644 M )
3.
Sayyidina Uthman bin Affan ( 644-656 M )
4.
Sayyidina Ali bin Abi Talib ( 656-661 M )
Keempat khalifah diatas bukan saja
berhasil dalam melanjutkan risalah islam dan menegakkan tauhid, tetapi juga
menyebarluaskan ke seluruh penjuru alam ini.
B.Khalifah
Abu Bakar As-Siddiq (632-634 M )
Setelah
nabi wafat, sebagai pemimpin umat islam adalah Abu Bakar As-Siddik sebagai
kholifah. Kholifah adalah pemimpin yang diangkat setelah nabi wafat untuk
menggantikan nabi dan melanjutkan tugas-tugas sebagai pemimpin agama dan
pemerintah.
1.
Menjadi Khalifah Pertama Semasa
Rasulullah SAW sedang sakit tenat, baginda mengarahkan supaya Saidina Abu Bakar
mengimamkan solat orang Islam. Selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW., sebuah
majlis yang dihadiri oleh golongan Ansar dan Muhajirin ditubuhkan untuk
melantik seorang khalifah bagi memimpin umat Islam. Hasil dari perjumpaan itu,
Saidina Abu Bakar dilantik dan menjadi khalifah pertama umat Islam.
Perlantikan Saidina Abu Bakar mendapat tentangan daripada beberapa orang yang ingin melantik Saidina Ali Abi Talib sebagai khalifah kerana Saidina Ali merupakan menantu dan anak saudara Rasulullah SAW. Golongan Syiah yang merupakan golongan daripada keluarga Bani Hashim menentang perlantikan Saidina Abu Bakar. Tentangan itu tamat selepas Saidina Ali Abi Talib membaihkan Saidina Abu Bakar. Ada pendapat mengatakan bahawa Saidina Ali bin Abi Talib hanya membaihkan Saidina Abu Bakar selepas enam bulan.
Perlantikan Saidina Abu Bakar mendapat tentangan daripada beberapa orang yang ingin melantik Saidina Ali Abi Talib sebagai khalifah kerana Saidina Ali merupakan menantu dan anak saudara Rasulullah SAW. Golongan Syiah yang merupakan golongan daripada keluarga Bani Hashim menentang perlantikan Saidina Abu Bakar. Tentangan itu tamat selepas Saidina Ali Abi Talib membaihkan Saidina Abu Bakar. Ada pendapat mengatakan bahawa Saidina Ali bin Abi Talib hanya membaihkan Saidina Abu Bakar selepas enam bulan.
2.
Ekspedisi ke Utara Selepas berjaya
mengurangkan golongan riddah, Syaidina Abu Bakar mula menghantar
panglima-panglima perang Islam ke utara untuk memerangi Byzantine (Rom Timur)
dan Empayar Parsi. Khalid Al-Walid berjaya menawan Iraq dalam hanya satu kempen
ketenteraan. Beliau juga menempuh kejayaan dalam beberapa ekspedisi ke Syria.
Menurut seorang orientalis Barat, kempen Saidina Abu Bakar hanyalah sebuah
lanjutan daripada Perang Riddah. Hal ini jelas salah memandangkan kebanyakan
golongan riddah terletak di selatan Semenanjung Arab dan bukannya di utara.
3.
Pengumpulan Al-Quran Menurut ahli
sejarah Islam, selepas Perang Riddah ramai orang yang mahir menghafaz Al Quran
terbunuh. Saidina Umar Al-Khatab (khalifah yang berikutnya) meminta Saidina Abu
Bakar untuk mula menjalankan aktviti pengumpulan semula ayat-ayat Al Quran.
Saidina Uthman Affan kemudiannya melengkapkan aktiviti pengumpulan Al Quran semasa
beliau menjadi khalifah.
4.
Kewafatan Saidina Abu Bakar
As-Siddiq. Saidina Abu Bakar wafat pada 23 Ogos 634 di Madinah iaitu dua tahun
selepas menjadi khalifah. Ada dua pendapat mengenai sebab kematian Saidina Abu
Bakar. Ada yang mengatakan disebabkan keracunan dan ada pula yang mengatakan
Saidina Abu Bakar meninggal dunia secara biasa. Sebelum kewafatannya, Saidina
Abu Bakar mengesa masyarakat menerima Saidina Umar Al-Khatab sebagai khalifah
yang baru. Saidina Abu Bakar dikebumikan di sebelah makam Nabi Muhammad s.a.w.
di Masjid an-Nabawi yang terletak di Madinah.
5.
Sumbangan Saidina Abu Bakar. Saidina
Abu Bakar walaupun hanya memerintah selama dua tahun (632-634), tetapi beliau
banyak menyumbang terhadap perkembangan Islam. Beliau berjaya menumpaskan
golongan Riddah yang ada diantaranya murtad dan ada diantaranya mengaku sebagai
nabi. Beliau juga mula mengumpulkan ayat-ayat Al Quran dan beliau juga berjaya
meluaskan pengaruh Islam. Kekuasaan yang
dijalankan pada massa khalifah Abu Bakar, sebagaimana pada masa Rasululllah,
bersifat sentral; kekuasaan legislatif, eksekutif, dan yudikatif terpusat
ditangan Khalifah. Selain menjalankan roda pemerintahan, khalifah juga
melaksanakan hukum,. Meskipun demikian, seperti juga Nabi Muhammad SAW, Abu
Bakar selalu mengajak sahabat-sahabatnya bermusyawarah
C. Khalifah
Umar Bin-Khatab ( 634-644 M )
Setelah abu Bakar menunjuk penggantinya
yaitu Umar Bin Khattab, yang tujuannya adalah untuk mencegah supaya tidak
terjadi perselisihan dan perpecahan dikalangan umat islam.10 Pada masa umar bin
Khattab, kondisi politik dalam keadaan stabil, usaha perluasan wilayah islam
pemperoleh hasil yang gemilang. Wilayah islam pada masa umar bin Khattab
meliputi Semenanjung Arabiah, Palestina, Siria, Irak, Persia dan Mesir.
Dengan meluasnya wilayah Islam
mengakibatkan meluas pula kehidupan dalam segala bidang. Untuk memenuhi
kebutuhan ini diperlukan manusia yang memiliki keterampilan dan keahlian,
sehingga dalam hal ini diperlukan pendidikan.
Pada masa Kholifah Umar Bin Khattab, sahabat-sahabat yang sangat
berpengaruh tidak diperbolehkan untuk keluar daerah kecuali atas izin dari
Kholifah dan dalam waktu yang terbatas. Jadi, kalau ada diantara umat Islam
yang ingin belajar hadis harus pergi ke madinah, ini berarti bahwa penyebaran
ilmu dan pengetahuan para sahabat dan tempat pendidikan adalah berpusat di
Madinah.12
1.
Pemerintahan Saidina Umar
Semasa pemerintah
Saidina Umar, Empayar Islam berkembang dengan pesat; menawan Mesopotamia dan
sebahagian kawasan Parsi daripada Empayar Parsi (berjaya menamatkan Empayar
Parsi), dan menawan Mesir, Palestin, Syria, Afrika Utara, dan Armenia daripada
Byzantine (Rom Timur). Ada diantara pertempuran ini menunjukkan ketangkasan
tentera Islam seperti Perang Yarmuk yang menyaksikan tentera Islam yang
berjumlah 40,000 orang menumpaskan tentera Byzantine yang berjumlah 120,000
orang. Hal ini mengakhiri pemerintahan Byzantine di selatan Asia Kecil.
Pada tahun 637, selepas
pengempungan Baitulmuqaddis yang agak lama, tentera Islam berjaya menakluk kota
tersebut. Paderi besar Baitulmuqaddis yaitu Sophronius menyerahkan kunci kota
itu kepada Saidina Umar. Beliau kemudiannya mengajak Saidina Umar supaya
bersembahyang di dalam gereja besar Kristian yaitu gereja Church of the Holy
Sepulchre. Saidina Umar menolak dan sebaliknya menunaikan solat tidak beberapa
jauh daripada gereja tersebut kerana tidak ingin mencemarkan status gereja
tersebut sebagai pusat keagamaan Kristian. 50 tahun kemudian, sebuah masjid
yang digelar Masjid Umar dibina di tempat Saidina Umar menunaikan solat.
Saidina Umar banyak melakukan reformasi terhadap sistem pemerintahan Islam seperti menubuhkan pentadbiran baru di kawasan yang baru ditakluk dan melantik panglima-panglima perang yang berkebolehan. Semasa pemerintahannya juga kota Basra dan Kufah dibina. Saidina Umar juga amat dikenali kerana kehidupannya yang sederhana.
Saidina Umar banyak melakukan reformasi terhadap sistem pemerintahan Islam seperti menubuhkan pentadbiran baru di kawasan yang baru ditakluk dan melantik panglima-panglima perang yang berkebolehan. Semasa pemerintahannya juga kota Basra dan Kufah dibina. Saidina Umar juga amat dikenali kerana kehidupannya yang sederhana.
2.
Wafatnya Saidina Umar
Saidina Umar wafat pada
tahun 644 selepas dibunuh oleh seorang hamba Parsi yang bernama Abu Lu’lu’ah.
Abu Lu’lu’ah menikam Saidina Umar kerana menyimpan dendam terhadap Saidina
Umar. Dia menikam Saidina Umar sebanyak enam kali sewaktu Saidina Umar menjadi imam
di Masjid al-Nabawi, Madinah. Saidina
Umar meninggal dunia dua hari kemudian dan dikebumikan di sebelah makam Nabi
Muhammad SAW dan makam Saidina Abu Bakar. Selepas kematiannya lalu Saidina
Uthman bin Affan dilantik menjadi khalifah.
D.Khalifah
Usman Bin Affan ( 644-656 M )
Usman Bin
Affan adalah termasuk saudagar besar dan kaya dan sangat pemurah menafkahkan
kekayaannya untuk kepentingan umat islam. Usman dianggap menjadi Kholifah hasil
dari pemilihan panitia enam yang ditunjuk oleh Kholifah Umar bin Khattab menjelang
beliau akan meninggal.
Pada masa
Kholifah Usman bin Affan, pelaksanaan pendidikan islam tidak jauh berbeda
dengan masa sebelumnya. Pendidikan di masa ini hanya melanjutkan apa yang telah
ada, namun hanya sedikit terjadi perubahan yang mewarnai pendidikan islam. Para
sahabat yang berpengaruh dan dekat dengan Rasullullah yang tidak diperbolehkan
meninggalkan madinah dimasa Umar, diberikan kelonggaran untuk keluar dan
menetap di daerah-daerah yang mereka sukai. Kebijakan ini sangat besar pengaruhnya
bagi pelaksanaan pendidikan di daerah-daerah.
Proses
pelaksanaan pola pendidikan pada masa Usman ini lebih ringan dan lebih mudah di
jangkau oleh peserta didik yang ingin menuntut dan belajar islam dan dari segi
pusat pendidikan juga lebih banyak, sebab pada masa ini para sahabat bias
memilih tempat mereka inginkan untuk memberikan pendidikan pada masyarakat.Kholifah
Usman sudah merasa cukup dengan pendidikan yang sudah berjalan, namun begitu
ada satu usaha yang cemerlang yang telah terjadi di masa ini yang berpengaruh
luar biasa bagi pendidikan islam, yaitu untuk mengumpulkan tulisan ayat-ayat
Al-Qur’an. Berdasarkan hal-hal ini, Kholifah Usman memerintahkan kepada tim
untuk menyalin tersebut, ada pun tim tersebut adalah : Zaid bin Tsabit, Abdullah
bin Zubair, Zaid bin Ash, dan Abdurrahman bin Harist.
Saidina
Usman menjadi khalifah selepas Saidina Umar bin Khatab dibunuh pada tahun 644.
Beliau memerintah selama dua belas tahun iaitu dari tahun 644 sehingga tahun
656. Antara pembaharuan yang dibuat ialah menubuhkan Angkatan Tentera Laut yang
diketuai oleh Muawiyah dan membuat dasar terbuka dalam hubungan politik dan
urusan dagangan Semasa pemerintahannya, keseluruhan Iran, sebahagian daripada
Afrika Utara, dan Cyprus menjadi sebahagian daripada empayar Islam. Saidina
Uthman wafat pada tahun 656 akibat dibunuh oleh pemberontak yang tidak puas
hati dengan pemerintahannya.
E.Khalifah
Ali Bin Abi Thalib ( 656-661 M )
Pada tahun
656 masihi, khalifah Ali bin Abi Thalib, Islam yaitu Saidina Uthman bin Affan wafat
kerana dibunuh di dalam rumahnya sendiri. Segelintir masyarakat kemudiannya
mencadangkan Saidina Ali supaya menjadi khalifah tetapi Saidina Ali menolak.
Selepas didesak oleh pengikutnya, beliau akhirnya menerima untuk menjadi
khalifah.
Ali adalah
Kholifah yang keempat setelah Usman bin Affan. Pada pemerintahannya sudah
diguncang peperangan dengan Aisyah beserta Talhah dan Abdullah bin Zubair
karena kesalahpahaman dalam menyikapi pembunuhan terhadap usman, peperangan di
antara mereka disebut perang Jamal (unta) karena Aisyah menggunakan kendaraan
unta. Setelah berhasil mengatasi pemberontakan Aisyah, muncul pemberontakan
lain, sehingga masa kekuasaan Kholifah Ali tidak pernah mendapatkan ketenangan
dan kedamaian.
Muawiah
sebagai gubernur Damaskus memberontak untuk menggulingkan kekuasaannya. Perang
ini disebut dengan perang Siffin, karena terjadi di Siffin. Ketika tentara
muawiyah terdesak oleh pasukan Ali, maka Muawiyah segera mengambil siasat untuk
menyatakan tahkim (penyelesaian dengan adil dan damai). Semula Ali menolak,
tetapi karena desakan sebagian tentara akhirnya Ali menerimanya, namun Tahkim
malah menimbulkan kekacauan, sebab muawiyah bersifat curang, sebab dengan
Tahtim Muawiyah berhasil mengalahkan Ali dan mendirikan pemerintahan tandingan di
Damaskus. Sementara itu, sebagian tentara yang menentang keputusan Ali dengan
cara Tahkim, meninggalkan Ali dan membuat kelompok tersendiri yaitu Khawarij.
No comments:
Post a Comment