PERKEMBANGAN ISLAM PADA MASA
KHULAFAUR RASYIDIN
KHULAFAUR RASYIDIN
Oleh Ahmad Nurhadi
A. Pengertian Khulafaur Rasyidin
Khulafaur
Rasyidin atau Khulafa ar-Rasyidun adalah wakil-wakil atau khalifah-khalifah
yang benar atau lurus. Mereka adalah waris kepemimpinan Rasulullah selepas
kewafatan junjungan kita Nabi Muhammad SAW. Para tokoh ini merupakan
orang-orang yang arif bijaksana, jujur dan adil dalam memberikan keputusan dan
menyelesaikan masalah-masalah yang timbul dalam masyarakat. Pada saat
perlantikan mereka dibuat secara syura yaitu perbincangan para sahabat atau
pilihan khalifah sebelum. Selepas pemerintahan ini, kerajaan Islam diganti oleh
kerajaan Ummaiyyah.